Wednesday, 6 February 2013

Pusat Informasi Iskandar Malaysia




LAWATAN DI PUSAT INFORMASI ISKANDAR MALAYSIA

   
Pusat Informasi Iskandar Malaysia
   Pada 1hb Februari 2013, Staf UTM Bridging group telah bertolak ke Iskandar Malaysia Information Centre pada jam 2.00 ptg untuk mengetahui lebih lanjut dan perkembangan terkini yang telah di bangunkan oleh pihak Iskandar Malaysia




   Semasa berada di pusat informasi Iskandar Malaysia ini, banyak maklumat yang ingin kita ketahui dipersembahkan dalam ruangan alat pandang,dengar dan sentuh dengan menggunakan teknologi terkini yang canggih serta memberi impak besar kepada pengetahuan kita. Dibawah ini ada beberapa gambar serta video klip yang telah diambil dari dalam ruangan info di pusat informasi dan lokasi kawasan sebenar pembangunan Iskandar Malaysia.

En. Mohd. Yusri
En. Mohd Yusri telah memberi taklimat dan penerangan yang lebih spesifik serta mengiringi kami sepanjang berada di IMIC.



Video diatas menerangkan tentang perkembangan pembangunan di wilayah Iskandar sebelum menjelang tahun 2020. Dengan pembangunan ini, banyak manfaat yang boleh rakyat dapat terutamanya rakyat Johor. Bukan itu sahaja, ia dapat memajukan lagi negeri dan bahagian sektor pelancongan Johor malah menaikkan dan merancakkan lagi pembangunan dan ekonomi Malaysia.


Gambar diatas adalah lokasi pelabuhan yacth Puteri Harbour

Puteri Harbour
   Puteri Harbour, pembangunan marina dan kawasan dermaga selatan di tanah besar Asia, terletak di sudut sempit yang paling sepanjang Selat Johor memisahkan Singapura dari benua Asia.


Pemandangan di kawasan yacth Pearl Harbour
  Bayangkan dermaga utama dan marina presint memaparkan kediaman pantai dengan akses ke laut terbuka, pembangunan komersil ritzy, gabungan kepelbagaian restoran dan tempat hiburan bergaya, dan persiaran yang menghadap marina dan Selat Johor, semua diakses melalui pengangkutan darat dan air.




Cari inspirasi, menemui percintaan

Menikmati pantai yang berprestij tinggi kelebihan sebagai nadi Nusajaya - pembangunan bersepadu utama dan terbesar di Asia Tenggara bandar yang meliputi 24.000 ekar. Duduk di atas 688 ekar tanah tepi laut yang utama, perkembangan ini menarik dan menakjubkan suatu perkara yang baru untuk hidup mewah yang akan memberi inspirasi kepada anda.


Little Red Cube
Puteri Harbour Family Theme Park
Gambar oleh : deniezimran
 
Gambar bangunan diatas adalah sebahagian daripada pembangunan bersebelahan pantai Puteri Harbour, bersebelahan dengan Traders Hotel Hiburan Keluarga dan Pusat Runcit yang dinamakan Little Red Cube, memaparkan Taman Tema Keluarga baru. Taman tema keluarga ini akan memperkenalkan watak-watak kanak-kanak ikonik seperti Lats Place, Hello Kitty, Bob the builder, Thomas & Friends dan Barney dan lain-lain lagi. Little Red Cube juga menawarkan dua tingkat runcit termasuk promenade tepi laut yang menakjubkan. Kira-kira 75 unit kedai runcit, restoran makan dan tempat-tempat hiburan di sediakan didalam bangunan Little Red Cube ini.

Sekiranya ingin melawati tempat-tempat menarik ini, anda bolehlah menempah tiket masuk di Malaysia Travel <<-- Klik disini

Maklumat diatas adalah sebahagian projek mega pembangunan wilayah Iskandar dan banyak lagi yang akan di bangunkan untuk mencapai kemodenan di negeri Johor.


   Pada zaman ini, teknologi telah banyak membantu untuk pelbagai pembangunan dan kehidupan manusia. Pada mereka yang sudah biasa dengan teknologi terkini dianggap seseorang yang sentiasa kemaskini atau ambil tahu teknologi terbaru. Mereka yang baru mempelajari teknologi baru, akan terus bersaing juga untuk mengetahui teknologi apakah yang paling terbaru untuk memastikan supaya tidak ketinggalan. Keadaan ini perlu jika seseorang itu didalam situasi berteknologi atau dikawasan yang pesat membangun.

Berikut dibawah adalah gambar-gambar, video klip dan penerangan yang akan menjelaskan menggunakan paparan media berteknologi tinggi untuk pengunjung yang telah di bangunkan oleh pusat Iskandar Malaysia Information Centre ( IMIC ) :-

 
Ruangan informasi Iskandar

Cara bermain sensor motion


Sensor Motion XBOX 360

Xbox portable game telah memperkenalkan cara bermain menggunakan sensor pergerakan, UTM Skudai telah membina satu perisian khas untuk satu permainan sensor motion tentang Pusat Penerangan Iskandar kepada pengunjung.


LCD Projektor 3D

Teknologi LCD 3D digunakan dengan meletakkan kanta cengkung dan dibalikkan ke belakang yang menempatkan cermin di bahagian belakang kanta cekung tersebut. Hasilnya gambar yang dipancarkan akan berbentuk melengkung hampir separuh bulat, hemispera.

Teknologi Monitor Sentuh

Antara teknologi-teknologi IT yang popular digunakan di IMIC ialah penggunaan teknologi monitor sentuh. Pada umumnya, layar sentuh terbahagi kepada 3 komponen utama;
  • penderia sentuhan
  • pengawal
  • pemandu perisian

Penderia sentuhan Merupakan sebuah lapisan penerima input dari luar monitor. Input dari skrinsentuh adalah sebuah sentuhan yang sensornya merupakan sensor sentuh.PengawalMerupakan sebuah alatan yang digunakan untuk menghubungkan antara sensor dengan komputer yang akan memproses data-data sentuhan tersebut. Skrinsentuh ini terdiri daripada 3 jenis:
  • kapasiti skrinsentuh
  • permukaan gelombang skrinsentuh
  • sensor rintangan skrinsentuh


Pemandu perisian
Terdiri daripada pemandu peranti dan pemproses, pemandu bunyi, pemandu VGA dan sebagainya.

Berikut gambar-gambar monitor sentuh yang telah saya ambil diruang legar informasi Iskandar :



Investment Game



Garden Pond



Career Game



Google Earth


Snap Picture Touchscreen LCD

Sudut penerangan disetiap dinding dan lantai

Projektor Skrin Layar Besar

Lantai berinfo LCD





Wii Game menggunakan remote sensor untuk arahan pergerakan
Menyusuri Sungai Pulai Sambil  Melihat Keunikan Flora dan Fauna dengan Teknologi Skrin dan Motion seolah-olah menaiki bot yang sedang bergerak
Sudut Maklumat dan Informasi Legoland


UTM seharusnya menggunakan teknologi-teknologi yang ada di IMIC sebagai salah satu media untuk memberikan segala maklumat-maklumat mengenai UTM dan dimasukkan ke Pusat Informasi Iskandar Malaysia ini untuk dijadikan tempat dan bahan rujukan pada orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat mengenai UTM. Ini adalah kerana UTM juga termasuk di dalam Zon E (Senai-Skudai). Maklumat UTM yang sedia ada di pusat ini bercampur aduk dengan maklumat lain dan agak sedikit maklumat yang dipaparkan. Maka adalah lebih baik jika maklumat-maklumat ini dikelaskan dengan teratur dan tersusun secara terperinci pada masa akan datang. Cadangan yang boleh digunakan adalah seperti:
  • Mewujudkan sudut khas untuk memperkenalkan UTM, merangkumi latar belakang, hasil inovasi, aktiviti-aktiviti yang dijalankan, pencapaian dan juga kejayaan yang telah dicapai oleh UTM.
  • Menyediakan tayangan video tentang tawaran-tawaran yang ditawarkan di dalam bidang akademik, projek-projek lepasan ijazah dan sebagainya.
  • Penggunaan teknologi terkini yang lebih interaktif untuk menunjukkan bahawa UTM adalah sebuah Universiti Teknologi Kehadapan bagi menarik minat orang ramai.
Setelah hampir 2 jam berada di pusat ini, begitu banyak ilmu pengetahuan yang kami perolehi dan pelajari terutamanya tentang Iskandar Malaysia. Kami juga diberi peluang melihat sendiri teknologi-teknologi terkini yang digunakan oleh pihak IRDA untuk menyampaikan maklumat yang cukup berkesan terutamanya pada orang ramai. Lawatan kami berakhir pada jam 5 petang dan sebelum kami pulang, kami disajikan dengan sedikit jamuan ringan yang disediakan oleh pihak IRDA sebelum bergerak semula ke Pusat Latihan UTM. Di sini saya mencadangkan agar semua warga Johor datang ke Pusat Informasi ini dan melihat sendiri bagaimana negeri Johor juga mampu berdaya saing dan menjadi sebuah Negeri Maju dan Berjaya. Untuk keterangan dan maklumat lanjut, sila klik  http://www.irda.com.my/bm

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...